Metro Driving Academy
Metro Driving Academy terletak di Puchong (Malaysia). Ditampilkan dalam kategori sekolah memandu, ia mempunyai penilaian 6.0. Semak semua butiran di sini.
Ciri-ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Metro Driving Academy
- Perkhidmatan di tapak
- Pintu masuk yang boleh diakses kerusi roda
- Tempat letak kereta yang boleh diakses kerusi roda
- Kad debit
- Kad kredit
- Pembayaran mudah alih NFC
Metro Driving Academy berada di kedudukan 8 daripada 10 dalam sekolah memandu di Puchong
Ulasan Pelanggan
Metro Driving Academy menerima penilaian sebanyak 3.8 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 391 ulasan di Google
Bukan main cikgu dok suh belajar sendiri kat rumah. Buat salah sikit dah kene bebel, berapa kali dah cikgu ajar tak pandai pandai. Padahal baru ajar sekali. Program belajar sampai lulus, tapi semua cam nak pelajar dtang hari ni esok terus lulus. Kalo camni, baik cari yg belajar ikut jam. Untung teruk. Bayar ribu riban tapi jam belajar sama dgn pakej yg ikut jam. Lau aku tak nak exam lagi takyah lar paksa paksa.
Terima kasih kepada semua staff Metro Driving Academy dan special thanks to my instructor, Cikgu Irfan. Sepanjang kelas memandu, Cikgu Irfan banyak membantu saya. Saya dah attend 4 kelas dengan beliau, memang the best! Cikgu Irfan sangat baik, sabar, dan cara beliau mengajar sangat mudah difahami dan jelas. Apa-apa persoalan yang saya tanya pun, cikgu sentiasa jawab dengan baik dan sabar. Dengan Cikgu Irfan, memang diajar sampai betul-betul boleh buat. Yang penting jangan takut! Cikgu juga sangat supportive dan selalu bagi semangat sepanjang saya belajar. Terima kasih cikgu, terima kasih semua!
Cikgu baik2 kat sini mereka ajar mudah faham ,dan senang berurusan
Kelas memandu yang sangat efisien.Anak saya telah lulus dalam tempoh 2 bulan walaupun tanpa basic pemanduan. Tenaga pengajar yang bagus boleh berbahasa english terutamanya Cikgu Dani. Anak saya kurang fasih berbahasa melayu. Boleh menjemput pelajar dari pick up point atau rumah.
Alhamdulillah saya dah lulus kedua2 lesen B2 dan DA. Sangat recommended metrodriving puchong, urussetia/staf sangat baik, driver van baik, dan yang paling baik adalah cikgu2 memandu saya. Terima kasih cikgu irfan, cikgu minhat dan cikgu kama. Jasamu dikenang ♡
Tahun lepas 2025 , saya belajar untuk ambil lesen memandu agak nervous until saya berjumpa dengan sorang cikgu perempuan... baru first day masuk cikgu tu kata bagi saya hafal setiap body parts dan fungsi kereta dan sehinggalah saya start memandu kereta , tangan saya kekok setiap kali dibetulkan stereng dan paling saya tak ingat , ayat dia sting dia cakap lepas rehat ini saya nak awak belajar sendiri tanpa saya betulkan...dahlah first day belajar bayar mahal tetapi dapat cikgu macam apa tah... Masuk second day, saya nangis sebab dia marah saya , geleng kepala ...saya cakap dengan dia terus terang saya tak ada kereta auto di rumah untuk belajar biasalah saya budak baru belajar ..bagi saya pressure. Until saya tukar teacher lelaki cikgu tu tapi dia okay ...until cikgu saya tak datang kerana masalah tak dapat dielakkan ditukarkan dengan lelaki tua. saya faham orang tua kan mengantuk dari awal pagi kerja... Saya bersemangat nak belajar kereta Tapi duduk sebelah saya ni sampai lena ye ...haishh dugaan betul. Until ujian qti, saya pula dapat cikgu lelaki tua juga cerewet ... Fail 3 kali ... Dapat cikgu perempuan muda sikit okay...sehingga dapat cikgu perempuan tua sikit around 50 macam tu garang kemain ye...dia cakap saya mengangguk je ...until last qti percubaan tu saya habiskan tanpa bayar untuk taking another qti test, saya pun buat elok elok dan saya bersemangat belajar kereta untuk ujian test esok tu..saya tanya pasal soal kereta tips tapi boleh pula melencong ke topik lain dia luah masalah kat saya . Saya jadi pendengar masalah tapi saya just dengar je...dan tanya saya umur itu ini...saya agak annoying jugalah sebab saya jenis tak berapa selesa cerita semua benda dengan orang secara terbuka.. macam agak but flirty unprofessional...tak mahu mention lebih... Lagi2 lelaki....
Kepada pihak pengurusan Metro Academy, Saya telah mendaftar untuk menduduki lesen B full pada 22 Oktober 2023. Pada 24 Oktober 2023, saya telah mendapat lesen L bagi B full dan saya telah menetapkan beberapa tarikh untuk kelas B full tersebut sehingga ujian JPJ. Saya menghadiri kelas pertama pada 10 December 2023. Kelas seterusnya adalah pada 17 December 2023. Saya telah hadir ke akademi pada pagi tersebut dan hanya dimaklumkan bahawa motor untuk B full tidak mencukupi kerana rosak ketika sesi pendaftaran. Pihak pendaftaran memaklumkan bahawa bukan salah mereka kerana kekurangan motosikal dan jadual ditentukan oleh pihak pejabat. Saya diarahkan untuk berbincang dengan pihak pejabat untuk menyusun semula jadual. Setelah perbincangan, slot hujung minggu yang ada hanya pada bulan Feb 2024. Sesi pembelajaran saya tertangguh selama 1.5 bulan. Saya kecewa kerana pihak akademi sangat tegas dengan jadual dan kalau tidak hadir, kami akan didenda. Tetapi, jika tiada motor yang available, kami hanya mengetahui pada sesi pendaftaran pagi tersebut. Kenapa pihak akademi tidak beritahu lebih awal? Saya telah bersetuju lebih awal kerana slot yg available adalah pada bulan Disember 2023. Pihak akademi tidak boleh menganggap pelatih semua tiada kerja dan sentiasa lapang untuk mengikuti kelas bila-bila masa sahaja. Selain untuk tunggu dan perbaiki, apakah usaha pihak akademi untuk memastikan motor sentiasa available? Sampai bila perlu tangguh? Sebelum menerima pelatih, sila fikir dengan teliti adakah motor mencukupi dan sila ambil langkah awal jika ada kerosakan pada motor latihan. Hari ini 24 Dec 2023, saya sepatut nya menjalani latihan kelas yang ke 3 tapi hanya mampu melihat motosikal B full sebanyak 5 unit dan ketika latihan berlangsung, 2 unit extra tidak dipakai. Saya difahamkan hanya 1 unit sahaja yang di label "maintenance" pada badan motosikal. Gambar diambil pada pagi 24 Dec 2023 sebelum latihan dimulakan.
Maklumat mengenai Metro Driving Academy
Alamat
Metro Driving Academy terletak di Lot 3579, Jalan Akademi, Kampung Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor, Malaysia
Telefon
Nombor telefon bagi Metro Driving Academy adalah +60 3-8061 8989
Laman web
Laman web bagi Metro Driving Academy adalah: metrodriving.com.my
Waktu Operasi
Isnin: 08:00–16:30
Selasa: 08:00–16:30
Rabu: 08:00–16:30
Khamis: 08:00–16:30
Jumaat: 08:00–16:30
Sabtu: 08:00–16:30
Ahad: 08:00–16:30