Institut Memandu Naluri Jayamakmur Sdn Bhd
📍 Sekolah memandu di Kuala Kangsar
Institut Memandu Naluri Jayamakmur Sdn Bhd, terletak di Kuala Kangsar, adalah sebuah pusat latihan memandu yang memberi tumpuan kepada membimbing pelapis pemandu untuk mendapatkan lesen memandu secara berkesan. Reputasi mereka dibina berdasarkan pendekatan pengajaran yang teliti dan berstruktur, dengan pengenalan langkah demi langkah bagi setiap elemen memandu. Pendekatan ini memastikan pemahaman menyeluruh sebelum ujian JPJ. Pemudah cara yang berpengalaman memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu, dan beberapa individu telah menerima pujian khusus.
Selain pengajaran yang berkualiti, institusi ini menawarkan persekitaran pembelajaran yang mesra, meskipun terdapat beberapa cadangan untuk penambahbaikan dalam aspek kemudahan dan perkhidmatan di kaunter hadapan. Kemudahan yang mencukupi dianggap penting bagi kelancaran proses pembelajaran. Institusi ini dilihat sebagai platform yang boleh dipercayai untuk mendapatkan lesen memandu pertama, bahkan bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman sebelumnya.
Ulasan Pelanggan
Institut Memandu Naluri Jayamakmur Sdn Bhd menerima penilaian sebanyak 4.5 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 115 ulasan di Google
Ambik lesen kereta auto ngan Cikgu Syafeeq. Semua okay. Sangat detail n all out. Steps untuk each element reminded every single time even on the last class. Front desk kadang mesra kadang emo, buat xtau je. Alhamdulillah lulus on the first try even xtau bawak kereta sebelum ni. JPJ ada yang baik ada yang garang.
cikgu sangat bagus dalam mengajar. Thumbs up for Cikgu Alif, Cikgu Shafeeq dan Cikgu Suhana. Silap di front desk untuk thumb print attendance semua tu very rude. Ubah laa orang kaunter depan tu dengan orang yang lebih buat orang tenang. Lagi2 yang nak ambil test JPJ dah laa nervous dapat dengan front desk beperangai sebegitu. Tambah nervous orang dibuatnya.Kalau dia laa yang mengajar lari calon2 yang ada🫣. The star rate was give to the All teacher☝🏻
cikgu memandu yang baik tapi nak tunggu giliran dapat beljar tu punya lama sampai kena renew lesen L . pastu kalau buat kat sini line maxis langsung takde maybe sebab kat kawasan bukit
Terbaik cikgu-cikgu yang mengajar di sini. Antara cikgu yang mengajar motorsikal ialah Cikgu Suhana, Cikgu Syafeeq ,dan Cikgu Alif. Saya mudah bertanya jika tidak faham dan penyampaian daripada mereka agak mudah difahami. Cuma institut ini perlu lebih banyak penambahbaikan dari segi kemudahan seperti tandas dan lain-lain lagi. Terima kasih.
Problem betul staff memandu dekat sini, x bagitau saya dokumen apa yang perlu utk ulang test dekat litar, saya xde nak mention nama dekat sini, tapi ingat saya tau ke dokumen apa yang diorg nak.., saya bukan cikgu mengajar sekolah memandu.., bagitau la dengan jelas dan terang saya boleh je hantar, last2 2 kali anak saya terlepas tarikh utk test litar.., sy pun nak fokus utk anak sambung belajar.., last2 tukar institut memandu lain, sbb bila dah bermasam muka saya mmg x boleh dah nak berurusan dengan diorg dah..
Ramai tenaga pelajar wanita, sesuai utk calon yg lebih selesa dengan instructor perempuan 😊 alhamdulillah kenangan yg baik di IMNJ, instructor sangat membantu sy untuk bertenang (Sy ada masalah anxiety bila melibatkan pemanduan akibat trauma dari sekolah memandu lama). Terima kasih cikgu Nanie, boss IMNJ dan kakak2 front desk yg turut memberi nasihat & sokongan ☺️ semoga IMNJ terus maju dan diberkati Allah. Untuk bakal calon JPJ, pegawai garang2 taw 🤣 so kome jangan hati tisu kalau taknak gagal, buat keras udah ler. Hahaha
pengajar yang low quality...x sabar, menganggap bahawa saya pergi universiti dengan rakan dan x pernah contact saya, harus tunggu dua bulan sebelum emak saya terpaksa menelefon untuk bertanya mengapa Tetapi pekerja lain semua sangat baik lah 🙂 Edit: instructor saya that time adalah mr appu ya....find someone else
Maklumat mengenai Institut Memandu Naluri Jayamakmur Sdn Bhd
Alamat
Institut Memandu Naluri Jayamakmur Sdn Bhd terletak di Lot 66, PT 1773 Jalan Industri MIEL, 3, Kawasan Perindustrian MIEL, Kampung Lubok Merbau, 33010 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Telefon
Nombor telefon bagi Institut Memandu Naluri Jayamakmur Sdn Bhd adalah +60 5-776 5903
Laman web
Laman web bagi Institut Memandu Naluri Jayamakmur Sdn Bhd adalah: facebook.com/NaluriJayaMakmurofficial
Waktu Operasi
Isnin: 08:00–17:00
Selasa: 08:00–17:00
Rabu: 08:00–17:00
Khamis: 08:00–15:30
Jumaat: 08:00–17:00
Sabtu: 08:00–17:00
Ahad: 08:00–17:00