Pasar Tanjung Tawau Sabah Malaysia
📍 Pusat jualan kereta baru di Tawau
Pasar Tanjung Tawau adalah sebuah pusat jualan serbaguna di Tawau, Sabah, yang menawarkan pelbagai barangan keperluan dan ole-ole. Barangan makanan tradisional Sabah, termasuk kuih mampau dan amplang, serta hasil laut segar seperti ikan bilis kering, adalah tarikan utama. Ia menyediakan ruang yang seluas mungkin untuk pengunjung mencari keperluan rumah tangga dengan harga yang bersaing.
Dibahagikan kepada beberapa tingkat, Pasar Tanjung Tawau membolehkan pengunjung mencari aksesori, pakaian, dan souvenir. Terdapat juga ruang khusus untuk produk pertanian tempatan seperti sayur-sayur segar dan hasil bumi. Ia merupakan destinasi yang sesuai untuk sesiapa yang ingin merasai pengalaman membeli-belah yang unik di Tawau.
Ciri-ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pasar Tanjung Tawau Sabah Malaysia
- Perkhidmatan di tapak
- Pintu masuk yang boleh diakses kerusi roda
- Tempat letak kereta yang boleh diakses kerusi roda
- Tandas
- Tempat letak kereta berbayar
- Tempat letak kereta jalan berbayar
Ulasan Pelanggan
Pasar Tanjung Tawau Sabah Malaysia menerima penilaian sebanyak 4.2 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 4153 ulasan di Google
Salah satu tempat mesti pergi jika berkunjong ke Tawau. Dari makanan tradisional, hasil laut, hasil tani hingga ke pakaian dan aksesori. Semua boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Jika pandai menawar mungkin dapat lebih murah lagi. Di tingkat bawah terdapat jualan makanan, jajan tradisional pelbagai jenis. Kebanyakannya adalah hasil tangan anak tempatan. Ada juga ruang yang menjual hasil tani seperti sayuran, ubi, telor ayam kampung dan berbagai lagi. Di tingkat satu terletak gerai jualan hasil laut seperti ikan bilis, ikan kering, sotong kering dan macam2 lagi. Di tingkat dua pula jualan aksesori dari mutiara, beg, juga pakaian. Jangan lupa bawa wang lebih untuk borong jualan untuk dibawa balik ke rumah untuk orang tersayang sebagai ole-ole.
Best woahhhh shopping kat sini...terutama untuk barang² hasil laut...murah n freshhhh.. Barang² terbahagi ikut tingkat...tingkat bawah ada kudap kudapan sabah macam amplang memang banyakkk...Sayur dengan buah pun ada .. Tingkat 1 ada barang² kering hasil laut memang inilaa tempatnye...ikan bilis,sotong kering memang berbaloi..siap ade pakej packing dalam kotak bagi mudah nak bawak balik... Tingkat 2 pulak untuk cari souvenir...t-shirt,keychain fridge magnet n beg boleh cari kat sini..kiranya UTC dorang ni macam 1 stop centre untuk orang cari barang² kat Tawau ni.. Kuddos ✌️
UTC diatas... satu saja lif berfungsi, dan boleh try makan kiosk dibawah UTC
Murah murah pasar tawau , boleh beli periuk , amplang , kuih cincin , ikan bilis , daster , buah , sayur banyak lagi!!
Antara tempat beli bahan kering seperti ikan masin, ikan bilis, udang kering yang best dan pelbagai pilihan...bahagian sayur juga best banyak yang murah...bahagian jajan juga best, sangat banyak pilihan, banyak produk penduduk tempatan tawau dan produk dari indonesia, ada bahagian barang dapur seperti periuk belanga, tingkat 2 ada bahagian barang perhiasan wanita seperti gelang dll... Tingkat atas ada medan selera ... Banyak menyediakan juadah simple yang mana bagi saya signature mereka lebih kepada makanan konsep seperti Indonesian dish..ada soto banjar, ada soto makassar,ada nasi campur, ada abc yang best.. kawasan parking macam agak limited...kawasan utc ni berdekatan pasar basah tawau
🙏 Namaste 🥰 Dalam 1 bumbung saja untuk variasi bahan basah juga kering , boleh diperolehi di sini 🤪 Harga tertakluk kepada pasaran semasa dan belian 🤩 Selesa dan Selamat ☺️ Tq
Pasar yang menjadi pilihan para warga tempatan dan juga luar daerah sekiranya berkunjung ke bandar Tawau. Banyak barang yg boleh diborong terutamanya makanan kering dan juga peralatan dapur.
Maklumat mengenai Pasar Tanjung Tawau Sabah Malaysia
Alamat
Pasar Tanjung Tawau Sabah Malaysia terletak di Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah, Malaysia
Telefon
Nombor telefon bagi Pasar Tanjung Tawau Sabah Malaysia adalah +60 14-912 2036
Waktu Operasi
Isnin: 06:00–18:00
Selasa: 06:00–18:00
Rabu: 06:00–18:00
Khamis: 06:00–18:00
Jumaat: 06:00–18:00
Sabtu: 06:00–18:00
Ahad: 06:00–18:00