Perodua Showroom Shah Alam Seksyen 15
📍 Pusat jualan kereta baru di Shah Alam
Perodua Showroom Shah Alam Seksyen 15 merupakan pusat jualan kereta baru Perodua yang terletak di lokasi strategik di Shah Alam. Premis ini menawarkan pelbagai model baharu Perodua, menyediakan pilihan yang luas untuk pembeli tempatan. Proses pembelian dijalankan dengan mesra pelanggan, bertujuan untuk memberikan pengalaman yang selesa dan efisien kepada setiap pengunjung. Pusat ini dilihat sebagai lokasi penting bagi Perodua di kawasan tersebut.
Layanan pelanggan di Showroom ini jelas menunjukkan variasi pengalaman. Walaupun beberapa individu memuji ketepatan masa dan kefahaman staf, terdapat juga keluhan mengenai tempoh menunggu yang lebih lama dan komunikasi yang kurang memadai. Perodua Showroom Shah Alam Seksyen 15 terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan kepuasan pelanggan.
Ciri-ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perodua Showroom Shah Alam Seksyen 15
- Penghantaran
- Beli-belah dalam kedai
- Pintu masuk yang boleh diakses kerusi roda
- Tempat duduk yang boleh diakses kerusi roda
- Tempat letak kereta yang boleh diakses kerusi roda
- Cek
- Kad debit
- Kad kredit
- Pembayaran mudah alih NFC
Ulasan Pelanggan
Perodua Showroom Shah Alam Seksyen 15 menerima penilaian sebanyak 4.3 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 136 ulasan di Google
Hantar kereta 12pm, 7pm baru siap. Pukul 12pm masa register dah kena bayar siap-siap, lepas tu sidai. Agak-agak la sampai 7 jam. Gila punya lembab, paling lembab pernah jumpa. Kalau tak cukup staff reschedule la, bukan sidai customer. Common sense, masa orang pun berharga. Cas kemain mahal. Aku decide untuk uninstall apps servis perodua hari ni sebab ni. Memang tak hantar dah pergi service center. Servis kat luar lagi bagus. Murah, cepat, tak banyak cekadak. Warranty void pun takpe la dari sakit hati.
Alhamdulillah Service terbaik dari En.Hishamudin, proses pembelian Aruz saya berjalan dengan lancar, sangat mudah berurusan dengan En.Hishamudin ni sangat recomended kepada sapa-sapa yang nak beli kereta perodua ni. En.Hishamudin seorang yang jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas beliau.Saya sangat gembira dapat memiliki Aruz saya. Terima kasih En.Hishamudin😊
Cepat dapat kereta axia 2023, dalam 2 week da dpt kereta baru, kalau nak beli, beli la dekat Sini seksyen 15 shah alam. Sini HQ, cpt je proses, terima kasih kpd hishamuddin yang guide dari A to Z
sangat teruk servis . dari pukul 2.30 smpai 6.30 tk siap2 . kata pkul 5 siap . kita dengn bawak anak . minum tk dsediakan . servis lembab . tkd orng attend bgthu kenapa lama . series . servia outt
Saya berurusan dengan staff Rosmawati untuk mendapat kan maklumat insurance kereta dengan ehailing. Tetapi, saya menerima layanan yang sangat teruk dan tidak membantu saya sebagai staff insurance di perodua. Sampai kan perlu meninggi kan suara dan block nombor saya bila saya menanyakan soalan yang patut utk dia sebagai staff untuk tahu masalah yang saya sedang hadapi. Selepas dia block nombor, saya pulak kena pergi sendiri untuk berjumpa dengan orang insurance untuk menanyakan dan mendapat kan maklumat tentang insurance kereta. Dan staff di takaful itu sendri dengan senang nya menyesaikan masalah sya. Saya sangat tidak berpuas hati dengan staff ini, KENAPA perlu ada perodua menerima pekerja seperti staff ROSMAWATI ini yang kurang ajar kepada pelanggan.
Alhamdulillah salesman baik sangat, kereta cepat dapat, senang berurusan, pencerahan yang baik. Saya suggestkan untuk semua orang.
Terbaik dan mantap SA En. Hisham. Seorang yg komited dan jujur dalam urusan pembelian kereta saya. Sentiasa alert dgn isu semasa,penerangan tentang OPR yg jelas dan nasihat pemilihan kadar interest yg terbaik. Submit application kesemua bank di Malaysia, jd mudah pelanggan membuat pilihan. Senantiasa berhubung dgn pelanggan adalah keutamaan en Hisham. Anak muda yang perlu diberi pilihan dan perhatian oleh pihak DMM Sales&Service. Permata yang bakal bersinar di Perodua. Syabas tuan. Ihklas dari, Abe Axia Putih (P 57).
Maklumat mengenai Perodua Showroom Shah Alam Seksyen 15
Alamat
Perodua Showroom Shah Alam Seksyen 15 terletak di Lot 1, Jalan Keluli, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Telefon
Nombor telefon bagi Perodua Showroom Shah Alam Seksyen 15 adalah +60 16-606 0070
Laman web
Laman web bagi Perodua Showroom Shah Alam Seksyen 15 adalah: dmms.com.my/dealers
Waktu Operasi
Isnin: 09:00–17:00
Selasa: 09:00–17:00
Rabu: 09:00–17:00
Khamis: 09:00–17:00
Jumaat: 09:00–17:00
Sabtu: 09:00–17:00
Ahad: 09:00–17:00