Toyota Kluang 4S

📍 Pusat jualan kereta baru di Kluang

7.3

Toyota Kluang 4S ialah pusat jualan kereta baharu yang menawarkan pengalaman pembelian Toyota yang menyeluruh di Kluang, Johor. Pusat ini menekankan penjualan kereta baharu Toyota dengan komitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan proses pembelian yang lancar. Ia menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari kenderaan Toyota yang baru dan harga yang bersaing.

Pelanggan sering memuji kerajinan penjual dan keupayaan mereka untuk memberikan penjelasan yang jelas serta membantu dalam proses pinjaman. Tawaran perkhidmatan yang jujur dan telus, disokong oleh pengetahuan produk yang mendalam, menjadikannya destinasi yang dipercayai untuk pembeli kereta Toyota di sekitar kawasan Kluang dan juga dari bandar lain seperti Kulai.

Ciri-ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Toyota Kluang 4S

Kebolehaksesan
  • Tempat letak kereta yang boleh diakses kerusi roda
Tawaran
  • Cuci kereta
Pembayaran
  • Kad debit
  • Kad kredit
  • Pembayaran mudah alih NFC

Toyota Kluang 4S berada di kedudukan 4 daripada 14 dalam pusat jualan kereta baru di Kluang

Ulasan Pelanggan

★★★★★
★★★★★

Toyota Kluang 4S menerima penilaian sebanyak 4.9 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 70 ulasan di Google

Ainie Ainiesamm

🚗 HR-V & Yaris Kisah Kepercayaan Terhadap Salesman iaitu En Azri 👨🏻‍💻 Permulaan yang Padu Segalanya bermula bila urusan pertama dengan En Azri Azmi yang dulu berjalan dengan sangat smooth. Waktu tu, Honda HR-V (VDY 3588) jadi pilihan saya di MyTukar. Servis En. Azri Azmi bukan setakat jual kereta, tapi kejujuran dan cara dia mudahkan urusan tu yang buat kita rasa dihargai. Sebab tu lah, bila hati dah terpaut dengan perkhidmatan terbaiknya dengan bertindak secara sopan, bertanggungjawab, amanah, telus Dan intergriti, oleh itu, saya dah tak cari salesman advisor lain dah! Untuk Yaris pula saya sanggup turun dari Kulai ke Kluang! Hari ni kami sekeluarga bersemanggat Dan gigih dari Kulai, ke Kluang semata-mata nak mencari En Azri Azmi sekali lagi dan membawa pulang kereta Idaman anak saya pula iaitu Yaris di showroom Toyota 4S, Kluang. Jauh bukan penghalang kalau dah tahu kualiti terbaik sudah ada di depan mata. Kali ni, Toyota Yaris (JYQ 3588) pula jadi pilihan, yang bestnya warna merah yang membara 🔥 dan nombor plat kereta 3588 yang menjadi trademark untuk kami sekeluarga 🤍 Sesiapa yang berniat dan berminat nak beli kereta tapi nak hati sentiasa tenang, pantas dan yang paling penting puas hati dgn servicenya boleh lah berurusan dengan En Azri Azmi. Walaupun jauh dari Kulai, kepuasan dari kami sekeluarga tu yang paling mahal! Terima kasih En Azri Azmi.. Anda memang hebat!

Ainie Ainiesamm ☆ 5/5
abdul razak Isnin

"Terima kasih" banyak kepada En. Azri Azmi Salesman Toyota Hong Huat Kluang atas bantuan urusan pembelian Toyota Corolla Cross saya. Dari awal test drive sampai kereta keluar, semuanya berjalan lancar. Beliau sangat jujur tentang stok dan tidak mendesak. Sangat recommended bagi siapa yang nak cari kereta Toyota!" Beliau sangat pakar tentang spesifikasi Toyota Corolla Cross dan dapat menjawab semua soalan teknikal saya dengan jelas. Proses Trade In kereta lama & Proses pinjaman bank pun dibantu dari A sampai Z. Memang jurujual yang pro!", Saya pernah berurusan di showroom jenama "H" sebelum ini tapi tak semantap berurusan di TOYOTA.

abdul razak Isnin ☆ 5/5
Masniah Masniah

Service yang pantas dan memuaskan daripada Sales Advisor En Azri Azmi 😍 Sedia menjawab segala persoalan tentang kereta dan loan. Berpengetahuan tentang produk dan urusan loan serta selalu bagi pendapat yg terbaik utk saya. Saya amat berpuas hati dan saya akan rekomen sahabat2 saya untuk beli kereta dengan En Azri di masa akan datang. All the best to Sa En Azri Azmi 👍👍👍👍👍

Masniah Masniah ☆ 5/5
aina danisya

Alhamdulilah Syukur, tak sampai sebulan dah dapat kereta idaman saya bersama SA yang osem, En Azri Azmi 😍 Sy daripada JB, tetapi tertarik utk berurusan dengan En Azri. Penjelasan produk dan loan yang jelas. semua nya mudah dan cepat 😍 All The Best to En Azri. Recomended Seller 👍

aina danisya ☆ 5/5
Fadzri Saffeia

Alhamdulillah Terima kasih untuk En. Azri yang banyak membantu memudahkan urusan kami dalam pemilikan kereta kami. Moga En. Azri terus maju jaya dalam setiap urusannya. Highly recommended guys

Fadzri Saffeia ☆ 5/5
Wahidah Abd Rahman

Servis terbaik dari adik Azri dari Toyota Kluang👍👍Terima kasih , cepat urusan dalam 2 minggu dah dapat kereta idaman saya.😍

Wahidah Abd Rahman ☆ 5/5
EpIC ShARk

Berurusan dgn cik azri the best ..loan cpt servis terbaik mmg trusted …pembelian kereta yg kedua terbaik .. all the bestt

EpIC ShARk ☆ 5/5
Lihat semua ulasan

Maklumat mengenai Toyota Kluang 4S

Alamat

Toyota Kluang 4S terletak di Lot 569, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim, Malaysia

Telefon

Nombor telefon bagi Toyota Kluang 4S adalah +60 7-777 1502

Hubungi Toyota Kluang 4S

    Alternatif serupa berhampiran Toyota Kluang 4S

    Go up