Proton Gerak Roda 4S - Ipoh (274819-X)
📍 Pusat jualan kereta baru di Ipoh
Proton Gerak Roda 4S – Ipoh (274819-X) menawarkan pengalaman pembelian dan servis kenderaan Proton yang komprehensif. Lokasi ini memberikan fokus utama pada kualiti perkhidmatan dan kepakaran teknikal bagi memastikan kepuasan pelanggan. Terdapat juga penekanan pada kenyamanan pelanggan, dengan fasiliti menunggu yang tersedia.
Walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai pengalaman, secara umum, pelanggan menghargai keupayaan teknikal pasukan servis. Penambahbaikan berterusan dalam proses janji temu dan fasiliti tambahan, seperti pilihan makanan ringan dan ruang solat, akan meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan di pusat servis ini.
Ciri-ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Proton Gerak Roda 4S - Ipoh (274819-X)
- Penghantaran
- Perkhidmatan di tapak
- Pintu masuk yang boleh diakses kerusi roda
- Tempat letak kereta yang boleh diakses kerusi roda
- Perkhidmatan pembaikan
- Perkhidmatan tukar minyak
- Janji temu diperlukan
- Kad debit
- Kad kredit
- Pembayaran mudah alih NFC
- Ruang letak kereta di premis
- Tempat letak kereta jalan percuma
- Tempat letak kereta percuma
Ulasan Pelanggan
Proton Gerak Roda 4S - Ipoh (274819-X) menerima penilaian sebanyak 4.7 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 904 ulasan di Google
Banyak kali dah buat Service X70 kat sini, sejak dari mula beli lagi. Beli pun kat sini. Tapi service kali ini amat2 mengecewakan. Dah buat appointment pukul 10 pagi. Tapi menunggu yang amat lama. Pukul 4 petang baru siap. Bukan service major. Betul jugak sebagaimana yg di kata oleh customer sebelum ini, x perlu buat appointment la, kalo kereta masuk bengkel dekat pukul 1 tengah hari. Saya dtg dari jauh semata2 nak dapatkan khidmat service disini. 1 jam lebih perjalanan sehala. Kalau dah buat appointment, kenapa kereta lain masuk dulu. Kalo macam tu buat walk in aje la. Siapa sampai dulu dia service dulu. X perlu nak appointment bagai. Rasa nak cari pusat service lain untuk 120, 000 km. Hari tu keluar rumah selepas pukul 7 pagi, sampai rumah sebelum pukul 7 malam, semata2 nak service kereta hu hu hu
Proton memang terbaik..layanan mesra dari kaunter pertanyaan, kaunter berurusan serta staffx2 yang baik dan sangat membantu pelanggan. pekerjax2 baik pulih yang ramah Dan sentiasa memastikan kenderaan yang dibaiki Selamat untuk pengguna. Kemudahan tempat menunggu yang selesa..untuk menambahbaik lagi proton service di masa akan datang, boleh letak makanan yg berat sikit di ruangan menunggu untuk pelanggan yang belum sempat sarapan pagi😊
sbg pengguna proton lebih 10 tahun..dari iriz hingga ke model terkini..saya da pegi mcm2 SC kat ipoh dan terbukti Gerak Roda Sdn Bhd mempunyai keupayaan teknikal dan khidmat pelanggan yg terbaik berbanding SC yg ada di Ipoh pengalaman setiap org memang berbeza tp apa yg sy lalui amat membantu dan membuatkan sy rs pengguna proton lain jugak perlu datang ke sini demi kebaikan kenderaan kita..cuma kalo gerak roda dpt invest sikit kat part kudapan tmpt kita menunggu, amatla dihargai especially makanan ringan dan surau (sekiranya mampu) sbp kadang mmg melibatkan ms yg panjang.. kudos buat semua staf disana..utk kes terdekat nie, sy upkan staf bernama SARA..yg lain jgk sgt membantu dan terbaik.. *semoga renovation cepat siap HAHAHAHAHAHA
Alhamdulillah so far sepanjang saya menghantar kereta di sini layanan memang sangat baik dan semua staf pun sangat ramah😁Walaupun ada sedikit miscom tetapi staf yang menguruskan hal ini sangat baik😁
Terima Kasih mechanic nama Ho dan juga Service Adviser melayu perempuan untuk tolong saya buat warranty claim tingkap cermin kiri belakang jatuh dan tukar grounding cable gearbox X50. .
Saya datang untuk servis kereta. Staff perempuan yang bernama Shakirin yang layan kami. Sangat baik dan murah senyuman. Dia explain betul-betul harga, bagi cadangan alternatif, dan ke hulu ke hilir tolong cari pomen bila kami tanya soalan yang dia tak tahu. Kami selesa bagitau semua problem kereta - bearing, breakpad, masalah kunci tak detect. Lepas kereta masuk ke ruang baiki, pomen pula datang ke kami, ajak husband saya tengok keadaan kereta yang teruk (lama kami tak servis). Encik pomen tu explain macam-macam lah. Memang ikhlas sebab dia tunjuk bukti. Masa menunggu lama juga tapi sebab banyak nak dibaiki. Lagipun kami datang weekend so no complaint sebab ramai. Car dealer kat sini pun layan baik bila kami tanya pasal kereta baru, walaupun kami selekeh je. Kesimpulannya bagus servis branch ni cuma parking susah sikit. Google map tak membantu sebab dia bagi location pintu belakang, so kena masuk taman sikit untuk pusing ke main gate.
Semalam 25/9/24 kelam kabut call banyak service centre sebab kereta (ALM8*7) dah naik macam macam tanda dekat meter. Semua full sampai tengah bulan 10. Call Gerak Roda then Ms Kavie manage utk masuk emergency checking hari yang sama jugak. Special thanks for Ms. Kavie & En. Irfan! Sangat friendly & berbudi bahasa. Kes settle hari yang sama. Absolutely will come again servis kereta! Thank you team 🫡
Maklumat mengenai Proton Gerak Roda 4S - Ipoh (274819-X)
Alamat
Proton Gerak Roda 4S - Ipoh (274819-X) terletak di 136, Jalan Raja Permaisuri Bainun, Taman Chateau, 30250 Ipoh, Perak, Malaysia
Telefon
Nombor telefon bagi Proton Gerak Roda 4S - Ipoh (274819-X) adalah +60 5-241 8123
Laman web
Laman web bagi Proton Gerak Roda 4S - Ipoh (274819-X) adalah: facebook.com/protongerakrodaipoh
Waktu Operasi
Isnin: 08:15–17:00
Selasa: 08:15–17:00
Rabu: 08:15–17:00
Khamis: 08:15–17:00
Jumaat: 08:15–17:00
Sabtu: 08:15–15:30
Ahad: Ditutup