Cyclone car wash
📍 Pusat cuci kereta di Kuala Dungun
Cyclone Car Wash, terletak di Kuala Dungun, menawarkan kemudahan basuhan kereta pantas untuk peminat kenderaan di sekitar kawasan ini. Perkhidmatan mereka menekankan kelajuan dan harga yang berdaya saing, menjadikan ia pilihan praktikal bagi mereka yang menginginkan basuhan ringkas. Walau bagaimanapun, terdapat pula ketidakpadanan dalam konsistensi kebersihan dan harga yang dipaparkan, yang mana perlu diberi perhatian.
Berdasarkan pengalaman, terdapat kesan bahawa beberapa pengunjung mendapati kualiti basuhan tidak memenuhi jangkaan, termasuk kesilapan dalam pengelapan dan kesan kekotoran yang masih ada. Pengunjung juga berasa kurang senang dengan tekanan tambahan untuk perkhidmatan pelengkap, serta kekeliruan mengenai harga. Ini memerlukan penambahbaikan bagi memastikan kepuasan pelanggan.
Cyclone car wash berada di kedudukan 7 daripada 13 dalam pusat cuci kereta di Kuala Dungun
Ulasan Pelanggan
Cyclone car wash menerima penilaian sebanyak 3.2 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 222 ulasan di Google
service sgt teruk.. harga x mcm yg dipamerkan.. sebelum& selepas basuh kereta sma je kotor.. btul2 scam .. negative star
Mmg tkkn repeat walaupun urgent. Apoo kat situ tulis rm8 tibe ii time byr rm9 sebab dia kate dia buat pebende ntah. Cakap tk jelas. memaksa. Kitenya rushing. Bayar je lah ek. rushing kan. lap pun tk kering. Sampai rumah tgok2 hek elehh kesan tapak kucing pun tk hilang. Plislaa. Mmg saje kan push push orang. Sebab dia nampak prempuan kut, sng nak gula2. Dah byk bad review pun still tk improve. pebenda laa perangai.
Paling tak bersih pernah jumpa. Pemalas lap tak kering. Tak payah beria offer polish bagai kalau basuh pon tak pandai. Sekian
Fast auto carwash and can saves our time when in rush. Harga cucian murah dan bersih. Minta vakum dalam kereta kawan dan waktu ni kena kuat semangat sebab pekerja kat sana agak memaksa untuk add on services lain. Pernah bawa polish cermin kereta, cermin memang kembali jadi putih cuma harga sedikit mahal. Seeloknya jangan pergi waktu tengah hari/lunch hour kalau nak cepat sebab orang ramai dan pekerja mereka pun banyak yg tengah rehat jadi kena tunggu lama kalau nak minta vakum atau add on service lain.
Saya ke kedai ni sebab takde pilihan sangat. Kerja mereka "cincai" je. Satu tayar caj seringgit kononnya "kasi kliat!" tapi kotor lagi. Serbuk brek dan lain2 tebal lagi. Jelas. Vakum pun "cincai". Bamyak pasir masih tertinggal. Mereka ramai tapi lap lebih kurang je. Kiri dan kanan kereta, cermin, dasboard dan lain2 tak bersih langsung. Semua nak cepat. Masa tunjuk yang tak bersih tu, dia lap sikit je. Kelihatan pemalas dan bermaharajarela semuanya. Pastu offer nak kilatkan headlight drp RM180 turun sampai RM60 mcm nak gaduh. Cakap macam2. 'You Muslim saya Muslim' la...'saya kerja sini lama' la...'Jangan cakap saya kasi ini harga sama diaorang' (staf lain) la..Tu belum kira dia kutuk kita dalam bahasa dia lagi....Dalam beberapa tahun ni, saya ke kedai ni mungkin 2-3 kali. Beberapa tahun dulu, ada la jugak kelibat wajah Melayu/tempatan bekerja di sini tapi Jumaat lepas, seingat saya, semua warga asing rasanya Bangladesh?
Selalu cuci kereta kat sini,tapi aku tak suka pekerja sini,jenis suka memaksa customer,paksa polish kereta,aku duit cukup2 je untuk cuci,lepas tu suruh dan paksa polish yg harga rm100 lebih, last2 aku jerkah balik,cakap tak reti baser aku taknak,terus nampak aku diaorang ni tak berani nak suruh2 dah.
Pekerja buat bersungguh2 Biasa tengok tempat lain sekejap sahaja sembur air
Maklumat mengenai Cyclone car wash
Alamat
Cyclone car wash terletak di 23000 Kuala Dungun, Terengganu, Malaysia