Syahmi Kereta Sewa Jitra
Syahmi Kereta Sewa Jitra menawarkan pelbagai pilihan kereta sewa di Jitra, Malaysia. Syarikat ini nampaknya berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan, seperti yang terserlah oleh sesetengah pengalaman positif. Namun, terdapat juga laporan yang menunjukkan isu berkaitan dengan ketepatan masa dan komunikasi, yang memerlukan perhatian khusus bagi memastikan kelancaran proses sewaan.
Perubahan yang tidak dijangka, seperti pembatalan tempahan pada minit terakhir, dan masalah berkaitan dengan kenderaan cagaran, boleh menimbulkan kekecewaan. Sangat penting bagi pengurusan untuk memastikan ketulenan maklumat dan pengurusan kejadian yang cekap. Syahmi Kereta Sewa Jitra perlu memberi keutamaan kepada peningkatan komunikasi untuk membina kepercayaan pelanggan.
Ciri-ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syahmi Kereta Sewa Jitra
- Perkhidmatan di tapak
- Bilik air yang boleh diakses kerusi roda
- Pintu masuk yang boleh diakses kerusi roda
- Tempat duduk yang boleh diakses kerusi roda
- Tempat letak kereta yang boleh diakses kerusi roda
- Tandas campur
- Tunai sahaja
Syahmi Kereta Sewa Jitra berada di kedudukan 1 daripada 6 dalam kereta sewa di Jitra
Ulasan Pelanggan
Syahmi Kereta Sewa Jitra menerima penilaian sebanyak 4.6 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 139 ulasan di Google
Selama dok sewa kereta sebelum nie sangat puas hati. Tapi harini jadi benda yang betul2 buat aku sakit hati. Waktu operasi kedai start buka pukul 8.30 pagi aku mai nak hantar kereta pukul 9 pagi yang aku sewa 3 hb tapi kena sidai sampai pukul 10 pagi. First aku call pukul 9.10 pagi owner angkat dan bagitau tunggu sat. Sampai 9.50 pagi aku call banyak kali diorang tak angkat. Selain aku dok tunggu depan kedai ada orang lain dok tunggu sekali nak sewa kereta. Dia call boleh pulak owner jawab. Yang kedua pula waktu 3hb tu banjir dan moto aku tinggal kat sana untuk cagaran. Nak start tak boleh dok rasa air masuk dalam ekzos. Bila tanya kenapa tak boleh start motor aku ni diorang cakap tak tahu. Tak tau la diorang tak nak bagitau kedai banjir kat aku sebab aku sewa kereta nak p Selangor tapi aku dapat info ada orang share kedai banjir. Bila aku mention time banjir ada ubah motor aku p tempat selamat atau tak jawapan depa bagi hampir semua moto sempat alihkan. So maksudnya moto aku tak sempat la. Sepanjang proses nak serah balik kereta dan nak ambil motor tu, aku tunggu juga kalau ada kata-kata maaf, tapi satu pun tak keluar. Jujur aku cakap, apa yang jadi hari ni memang betul-betul buat aku sakit hati. (Gambar banjir tu dapat dari Fb. Moto aku terkena tempias. Diorang dah servis moto aku tapi aku masih rasa marah diorang tak bagitau apa yang terjadi)
Sungguh saya sangat kecewa dngan syahmi kereta sewa jitra ni...saya dah tempah seminggu awai untuk kereta ,tpi bila sampai tarikh saya nak ambik kereta dya boleh habaq kata kereta full,,lah apa lah....oiii oqang dah plan nak kluaq dah ni ..hgpa boleh buat lagu ni.....awat xinform awai woiii... Tobat aku xkn sewa qeta kat hgpa..dan aku akan ingat smpai bila².....y mna nak sewa ngan dia tu xpayah laa.... Mana aku jenuh nak cari kereta sewa lain sbb dah xdak masa...cuti fah la sehari ja
Owner sgt friendly.. boleh btimbang rasa dan memudahkan urusan customer.. Terbaik! 5stars! 👍
Kereta baik , air cond mmg sejuk dan dalam perjalanan alhamdulillahh kereta xdak masalah ap , servis customer memuaskan .. terima kasih haniff kereta sewa .. spa yg nk order kereta sewa , saya suggest order haniff kereta sewa nie ... Saya emergency kemarin , tp Alhamdulillah, abg haniff kereta sewa bagi saya untuk permudahkan urusan saya ,harga pon baik ... Seelok nya siapa yg nk sewa kereta dekat mereka , sewa 2/3 hari , mereka akan bg harga istimewa untuk anda .. "TERIMA KASIH" HANIFF KERETA SEWA JITRA
Servis bagus, senang berurusan dgn owner, sewa myvi baru utk 3 hari , harga berbaloi .👍🏻👍🏻👍🏻 Owner fast respond ws walau dah mlm, senang utk deal even book last min.. kereta dpt dlm keaadaan yg bersih👍🏻
Service teruk , bagi kereta kotor , bagi kereta ada calar sikit sikit kemek sikit bila hantar balik ,calar tu kita kena ganti bukan rm100 , terus tak bincang bawa pi pomen dia kena awal tu rm1200 sbb nk suh cat sebelah pintu semua,naya , moto kena sidai takleh ambil selagi tak bayar, last malas nk ckp bnyk kira rm300 jaa sbb p pomen sndri , pomen smpai geleng kepala sbb nk kira lagumana kemek sikit tu, sikit sgt..dia kta nk cat sebelah semua...pomen kta rm600...bahagi dua laa..sbb calar tu bkn kmi buat , ..takpa atas dunia , akhirat nnti berjumpa juga, kereta paling mahal sewa sehari rm420 ,axia ja pun ,nasib kereta kmi rosak , pernah sewa tempat lain , mg kmi pernah kena laguni , siap kta xpa kmi ganti jela , slu rm100 cmtu , kdg silap kmi trkemek sikit owner kedai tu mai tgok ... Dia kta xpala sikit ja minta ganti rm50 padahal bnyk kot kemek , sbb dia kta dri org lain lgi naik kereta tu mg xelok dah , kereta alza kmi sewa waktu tu,maaf cakap nk sewa boleh , pastikan sblm ambil kita tgkp gmbar dan ambil video kereta dulu sebagai bukti untuk kita , takleh guna cctv depa ja ,peringatan buat diri saya sendiri , last pi sewa situ , service teruk sangat
Servis bagus..senang berurusan.harga pon berbaloi..insyaallah akn sewa lagi lepasni
Maklumat mengenai Syahmi Kereta Sewa Jitra
Alamat
Syahmi Kereta Sewa Jitra terletak di No.1 Kampung Pantai Halban,Tanah Merah, 06000 Jitra, Kedah, Malaysia
Telefon
Nombor telefon bagi Syahmi Kereta Sewa Jitra adalah +60 10-874 7847