Dataran Cahaya Kulai
Dataran Cahaya Kulai menawarkan ruang awam yang seluas untuk aktiviti keluarga dan pertemuan sosial. Lokasi ini menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan untuk beriadah, bersukan, dan menyertai pelbagai program yang diadakan. Terdapat juga kawasan permainan yang selamat untuk kanak-kanak, memastikan keseronokan untuk semua golongan usia. Ruang parkir disediakan, namun mungkin terhad semasa acara khusus.
Selain itu, Dataran Cahaya Kulai dilengkapi dengan kemudahan tandas awam berbayar dan pelbagai gerai makanan. Ia menjadi lokasi popular bagi sesi senaman pagi dan sering menjadi lokasi bergambar yang menarik. Dataran ini memberikan suasana yang menyegarkan dan sesuai untuk bersantai bersama teman dan keluarga.
Ciri-ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dataran Cahaya Kulai
- Bilik air yang boleh diakses kerusi roda
- Pintu masuk yang boleh diakses kerusi roda
- Tempat letak kereta yang boleh diakses kerusi roda
- Perkhidmatan sewa basikal
- Tandas
- Sesuai untuk kanak-kanak
Dataran Cahaya Kulai berada di kedudukan 7 daripada 44 dalam kedai motosikal di Kulai
Ulasan Pelanggan
Dataran Cahaya Kulai menerima penilaian sebanyak 4.5 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 480 ulasan di Google
Dataran yang santai. Sesuai untuk keluarga beriadah. Sesuai juga untuk beriadah bersama kawan-kawan. Yang suka bergambar pun sesuai berkunjung ke sini. Ada ruang bermain untuk kanak-kanak. Pastikan ada orang dewasa menemani kanak-kanak tersebut. Ruang parkir selesa. Cuma agak terhad jika ada sebarang acara & program di sini. Boleh juga parkir lebih jauh jika ruangan telah penuh. Terdapat tandas awam berbayar dan gerai jualan di sekitar dataran ini. Hujung minggu ada aktiviti senam robik disediakan. Boleh beramai-ramai menyertai aktiviti yang sihat ini. Gambar disertakan semasa ada program ala² foodfest. Selamat meneroka Dataran Cahaya Kulai! 😄
first time datang sebab nak tengok cherpen. parking banyak tapi kalau ada event memang packed. ada playground untuk kanak kanak.
Mpku mengawal selia Dataran cahaya, tempat untuk berkumpul, senaman, lakukan aktiviti sukan, riadah keluarga. Tempat ini juga sesuai untuk healing2, gerai kios makanan juga ada, dijual utk pada waktu2 ada aktiviti dilakukan di situ.. Pagi2 Dataran cahaya jadi Port aunty2 berjoging tau. Sabtu ahad ramai pengunjung datang.. Syorkan dtg sesuai untuk riadah, aktiviti sukan.
Tempat paling best untuk minum kopi sambil makan pizza, pasta, roti bakar, nasi lemak+telur rebus(dalam bekas bulat), waffle, ramen, takoyaki, jagung+susu, dessert dan ada beberapa lagi jenis makanan yang boleh dinikmati. Kena pula musim hujan dan sejuk perghhh syahdu rasanya 🤩
Tempat santai untuk keluarga selepas penat bekerja. Pemandangan yang cantik dengan hiasan lampu neon pelbagai bentuk dan warna. Terdapat juga permainan yang boleh disewa dan dibeli untuk anak-anak. Dan terdapat juga jualan pelbagai jenis makanan ringan
Tempat sangat happening tetapi parking sukar dapat..ada pertunjukan band.pelbagai mainan untuk kanak-kanak juga disediakan untuk disewa dan dijual..
Best datang sini. Walaupun jauh dari skudai. Tp best. Anak happy mak happy. Semua kemudahan ada. Parking banyak. Ade kedai minum2. Ada karaoke. Ada toilet. Ade sewa skuter electric. Ade mainan2 budak.
Maklumat mengenai Dataran Cahaya Kulai
Alamat
Dataran Cahaya Kulai terletak di 2, Persiaran Majlis, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
Waktu Operasi
Isnin: Buka sepanjang 24 jam
Selasa: Buka sepanjang 24 jam
Rabu: Buka sepanjang 24 jam
Khamis: Buka sepanjang 24 jam
Jumaat: Buka sepanjang 24 jam
Sabtu: Buka sepanjang 24 jam
Ahad: Buka sepanjang 24 jam