Eco-Shop @ Kuala Terengganu ll
📍 Kedai bateri kenderaan di Kuala Terengganu
Eco-Shop @ Kuala Terengganu ll menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan dengan harga berdaya saing. Kedai ini menonjol sebagai destinasi beli-belah luas yang menampung pelbagai keperluan harian. Namun, pengalaman membeli-belah di sini boleh berbeza-beza, dengan sesetengah pelanggan berasa tertekan oleh tempoh menunggu yang panjang, terutama pada waktu puncak. Pengurusan aliran pelanggan dan kelajuan proses pembayaran perlu diberikan perhatian.
Walaupun terdapat cabaran berkaitan kepantasan layanan, Eco-Shop @ Kuala Terengganu ll tetap menjadi pilihan bagi mereka yang mencari penjimatan. Peningkatan efisiensi sistem dan latihan staf yang lebih baik dalam aspek perkhidmatan pelanggan dapat meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan pelanggan dan mengurangkan potensi ketidakselesaan yang dihadapi.
Ciri-ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Eco-Shop @ Kuala Terengganu ll
- Perkhidmatan di tapak
- Keluaran yang hebat
- Pintu masuk yang boleh diakses kerusi roda
- Tempat letak kereta yang boleh diakses kerusi roda
- Tandas
- Kunjungan pantas
- Kad debit
- Kad kredit
- Pembayaran mudah alih NFC
- Ruang letak kereta di premis
Ulasan Pelanggan
Eco-Shop @ Kuala Terengganu ll menerima penilaian sebanyak 4.2 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 759 ulasan di Google
3 kali pengalaman teruk pernah kena kat sini..first terbeli roti expired,second pernah beli brg total semua rm24.60,i bayar rm30.60,staff sepatutnya bagi baki rm6,but she gave me rm5.40,ok i halalkan jela sebab 60 sen je..third i pernah beli brg total semua rm20.80,i bayar rm100.80 sebab tu je duit cash yg i ada,so staff sepatutnya bagi baki rm80,but she only gave me rm60 which mean kurang rm20..nasib i sedar,bile i mintak balik,boleh dia cakap "tula sape suruh bagi duit besar" i hanya mampu ketawa
Luas dan banyak barang dengan harga yang murah. Kena bijak membeli dan memilih. Walaupun harga seunit RM2.20 sangat jarang pelanggan berjaya keluar dengan bayaran bawah RM10 hahaha. Biasanya penuh bakul masing² heret ke kaunter bayaran☺☺ Masuk pasaraya atau pasar jangan lupa baca doa🤲🤲
Time peak hours kul 1730hrs sampai 1900hrs..kaunter pembayaran buka 3 je..kaunter ada 8 semuanya..pastu panjang la beratur nya
Antara kedai eco paling lembab buat kerja. Kalau orang tak ramai pun staff suka sembang kat cashier, terhegeh2 scan barang. Pergi belajar customer service pls management. Harini (12/7) system down, line tak gerak lama gila. Tau tau cashier jot down satu satu manually memang jenuh la nak siap. Ok salute la staff ambik iniatitive tu. But to management, please improve your sysem, kena cekap and ada backup plan. Kesian staff kena tulis satu2. Dah tau kan kedai besar. Dah tu orang bawak bag recycle sendiri pun staff tegur macam tak bg masuk (jumaat tutup solat jumaat kan). Padahal orang beratur dekat 40 minit tau.
First impression, Eco paling besar, parking pun senang nak dapat sebab ruang luar besar, dan ada kiosk kecil dekat luar. Coolblog pun ada 🤩. Selain tu, eco ni sediakan lebih banyak pilihan barangan seperti makanan ringan,air,ada rempah ratus jugak, mainan, alat tlis, dan banyak lagi sampai boleh rambang mata😅😅 especially bagi orang yang suka bnda murah ni🤪. Overall, eco ni nice sbb ruang dlm dan luar besar jadi kurang sikit sesak tu. 👍
First time saya masuk kedai ni sbb nampak meriah sangat barang2 dia.tapi tak sangka hanya luaran sahaja. Sebab pada 25ogos2025(4pm),this one guys i'm not sure what his name but he have black skin tone and big body dekat rak lorong no5 masa tu dia layan saya sangat2 rude.saya x pasti adakah ini culture org sini or mmg dia tgh penat.saya x tahu job skop staff kedai rm2 mcm mana.but if you have personal problem or sistem keje yg x bagus,please keep on your privacy.or share with your manager.jangan show off..x ada org nk ambil tahu..(sbb agak x sopan menjawab pertanyaan customer dengan gaya sombong dan angkuh. (saya tanya abag2,mana tempat yang ada pelekat dinding tu,dia jawab depan mata tu..dengan keadaan muka yg berlagak sambil tunjuk pakai bibir+mata yang annoying x ada senyum ).adakah ini layanan dari kedai rm2? i have money,i have more than that you have bro.profesional la dalam keje.maybe ni first and last sy beli dekat sini.nk borong banyak saya rasa mcm x berbaloi kalau layanan mcm tu.i'm just positif kedai rm2 no wonder laaa atitude rm2 jugak.Dear staff,Tq for that service!
Memang kedai berhantu lah. Hahahaha... Jalan masuk ke sini kecewa sikit sbb tak berapa cantik dan parking susah sbb terhad. Tp boleh ke seberang ada sekolah n jarak xjauh pun dlm 30-50meter jalan kaki. Kat depan sekolah tu mmg luas dan open space. Boleh parking kat situ. Tak sesak dan takde risiko kereta kena gesek🤣
Maklumat mengenai Eco-Shop @ Kuala Terengganu ll
Alamat
Eco-Shop @ Kuala Terengganu ll terletak di Lot 2205 (GM 1761, Kampung Dusun Melintang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Telefon
Nombor telefon bagi Eco-Shop @ Kuala Terengganu ll adalah +60 7-283 0123
Laman web
Laman web bagi Eco-Shop @ Kuala Terengganu ll adalah: eco-shop.com.my
Waktu Operasi
Isnin: 10:30–22:00
Selasa: 10:30–22:00
Rabu: 10:30–22:00
Khamis: 10:30–22:00
Jumaat: 10:30–22:00
Sabtu: 10:30–22:00
Ahad: 10:30–22:00