Suid Auto Service Sdn Bhd (Seksyen 7 Bangi)
📍 Bengkel kereta di Bandar Baru Bangi
Terletak di Bandar Baru Bangi, Suid Auto Service Sdn Bhd menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi keperluan automotif anda. Bengkel ini berusaha memberikan penyelenggaraan kenderaan berkualiti dengan memberi tumpuan kepada kepakaran teknikal dan penyelesaian masalah yang tepat. Mereka menawarkan khidmat servis menyeluruh, termasuklah pembaikan tayar, penukaran komponen, dan pemeriksaan kenderaan rutin.
Walaupun terdapat pelbagai pengalaman pelanggan, Suid Auto Service berusaha untuk mengekalkan komitmen terhadap kebolehpercayaan dan kepuasan pelanggan. Perubahan pada harga dan kelewatan dalam perkhidmatan menjadi tumpuan utama untuk penambahbaikan, dengan harapan untuk kembali ke prinsip keterbukaan dan keadilan yang telah lama dihormati. Bengkel ini bersedia untuk terus melayani keperluan kenderaan anda.
Ciri-ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Suid Auto Service Sdn Bhd (Seksyen 7 Bangi)
- Perkhidmatan di tapak
- Perkhidmatan tukar minyak
- Kad debit
- Kad kredit
- Pembayaran mudah alih NFC
Ulasan Pelanggan
Suid Auto Service Sdn Bhd (Seksyen 7 Bangi) menerima penilaian sebanyak 4.3 daripada 5 berdasarkan lebih daripada 354 ulasan di Google
Kereta saya pecah tayar depan busstop jalan besar traffic light simpang 4 depan suib. Saya jalan kaki masuk ke kedai suib minta tolong sebab saya xde tools untuk tukar tayar. Staff suib cakap nanti staff dah habis rehat, dia akan minta staff datang tolong saya. Saya xboleh nak tunggu kat kedai sebab dalam kereta ada 3 anak buah. Xboleh nak angkut semua tunggu kat kedai sebab ada yang kecil lagi. Saya cakap saya tunggu kat kereta. 1jam setengah menunggu tapi tiada yang datang. Sedihnya
KENA TEKAN PASANG SCREW JE RM60!! SEMUA MAHAL, RINDU ZAMAN JUJUR SUID AUTO DULU. LABOR CHARGE JE SKRG BERGANDA GANDA HARGA TU BELUM BINCANG LAGI MARKUP HARGA BARANG SAMPAI 2-3X. SEMOGA SUID KEMBALI KE ZAMAN TAK TAMAK BALIK. Edit: saya disitu semasa screw dipasang, harga asalnya tak perlu cas sebab bukan screw original parts, hanya screw nut biasa. pemasangan hanya perlu spana dan screw. makcik kedai nasi lemak boleh buat. saya ke sini nak cari original parts sekali service, tp diberitahu takde, dan bila pomen lain datang dia cuba 1-2 screw lain boleh muat. asalnya kata takpe tak perlu cas. jadi mcm mana tu? kepakaran dan teliti apakah tu sampai RM60? cakap putar belit?
Servis paling terbaik dari owner & team. Akan continue lagi servis & war²kan kpd kwn². Terima kasih Tuan Suid kerana menolong saya hari ini, di bulan puasa & pada ketika saya ditimpa musibah kehilangan empat² tayar termasuk rim standard. Hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya, tuan dh mudahkan segala urusan saya hari ini, moga segala urusan tuan & team sentiasa dipermudahkanNya juga nnti. Jazakallah..
Saya sungguh berpuas hati dengan perkhidmatan membetulkan kereta saya. Tahap pengetahuan mekanik yang tinggi. Layanan mereka sungguh mesra. Harga yang amat berpatutan. Terima kasih kepada Bob, Amirul dan yang lain-lain serta kakitangan di pejabat. Anda semua cemerlang.
Servis tip top dari Suid Auto Services Sdn.Bhd. Dari Tahun 2018 saya servis kat kedai nie. Hari nie, En.Amirul servis kereta saya untuk tukar minyak gear box dan minyak hitam. Dari pemerhatian yang saya tengok, memang pekerja ini iaitu En Amirul amat berdedikasi dan memberikan sepenuh komitmen atas servis yang dilakukan. Beliau memeriksa kereta saya dari A-Z!!! Syabas diucapkan. Teruskan dengan komitmen anda! Insha allah.. Semoga suatu hari nanti anda akan berjaya. Terima kasih atas servis yang diberikan. Kekalkan prestasi. #credittoAmirul Kali kedua aku mai pada 3.5.25. Kali nie pomen En Bob plk yang handle keta aku. Signal kiri kanan problem. So, en Bob infrom tanda hazard dan wayar problem. Dalam rm120 juga kena bayaq. Lepas tue relay sekali kena tukaq dalam RM30. Okay lah, at least aku tak lah risau pasal signal aku tak dak. Keta nie aku slalu bawa ke KL.. Penggunaan signal memang aktif. Terbaik servis en.Bob.... Teruskan
So today, I went for aircond problem (suggested by BBB fb community dan sy mmg tuka mnyk hitam dkt bngkel ni).. 1st diorg ckp isu hose sbb mmg dh jelas nmpk leaking, so suggest tuka hose.. ok kite tuka lah.. right aftr they changed the hose, run test ttbe bgtau compressor pulak jammed.. lpstu ckp compressor mmg dh problem.. tp knp dri awl x highlight mslh compressor klau ‘dah tahu’ compressor problem?? Suggest to replace compressor ori rm950.. 😂 in the end paid rm280 for hose + topup gas, but aircond problem was not rectified..
Banyak kali dahh kalau kereta rosak, masalah tayar & aircond yang saya alami, seluruh keluarga saya pakat mai sini saja. Harga sangat berpatutan. Kerja mereka performmmm. Teamwork pantas. Dari owner sampai laaahh team diorang semua tak sombong. Chill je dengan klien. Dapat pulak perempuan zero knowledge bab kereta, tak ada nak ketawa kan kita kawww kaw, dia sengih je laaa sebab perempuan memang slow sikit bab-bab repair kereta ni. Hahaha nasib ko laa bang. Lepas tu team Suid Auto memang sangat bersabar nak jawab soalan-soalan kelakar saya pasal tayar hari tu. Entah laaaa ek. Tak tanya kang, tak tahu. Haha. Kalau kereta rosak tepi jalan & tak berani nak bawa sampai ke bengkel, saya call kat bengkel, Insya-Allah mereka akan cuba arrange kan orang untuk bantu. Sepantasss yang boleh. Tak macam kilat tapi pantas laa cukup untuk meredakan jiwa perempuan yang gelabah kalau kereta tengah ada masalah. Hehe. Terima kasih banyak-banyak Suid Auto! Moga terus maju, rezeki melimpah ruah, kaya raya & banyak cawangan. Aamiin Aamiin Aamiin ya Robb.
Maklumat mengenai Suid Auto Service Sdn Bhd (Seksyen 7 Bangi)
Alamat
Suid Auto Service Sdn Bhd (Seksyen 7 Bangi) terletak di 28, Jalan 7/7b, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Telefon
Nombor telefon bagi Suid Auto Service Sdn Bhd (Seksyen 7 Bangi) adalah +60 3-8925 6970
Laman web
Laman web bagi Suid Auto Service Sdn Bhd (Seksyen 7 Bangi) adalah: facebook.com/suidautoservice
Waktu Operasi
Isnin: 09:00–18:00
Selasa: 09:00–18:00
Rabu: 09:00–18:00
Khamis: 09:00–18:00
Jumaat: 09:00–12:30, 02:30–18:00
Sabtu: 09:00–18:00
Ahad: Ditutup